Kad Raya
October 6th, 2008
Ayah masak lemang dengan ketupat,
Mak bz buat kuih tart,
Kad raya nak hantar dah tak sempat,
Guna blog lagi jimat,
Posmen pun tak penat!
Salam Aidilfitri, Maaf zahir & batin
Ayah masak lemang dengan ketupat,
Mak bz buat kuih tart,
Kad raya nak hantar dah tak sempat,
Guna blog lagi jimat,
Posmen pun tak penat!
Salam Aidilfitri, Maaf zahir & batin
hmm..sebelum bulan ni berakhir dan bermulanya Ramadhan, aku nak abiskan la cerita yang belum aku habiskan..ialah, dah janjikan?huhu..
ok, aku cerita lebih kurang la kan sebab kalau aku cerita dan huraikan dengan panjang…boleh tangkap emosi aku lah.. ![]()
ya, kalau tengok tajuk entry ni pun korang dah tahu kot, dan tajuk tu juga ada lagu yang di nyanyikan oleh kumpulan nasyid Rabbani.. “Pergi Tak Kembali”
Dan orang yang telah meninggalkan dunia ini telah pergi untuk selama-lamanya pada hari Jumaat 1 Rejab / 4 Julai. Dia merupakan salah seorang pekerja yang bekerja bersama aku dalam satu company, satu level, satu department, dan satu unit..
Beliau seorang wanita yang berusia lebih kurang 36 tahun, yang mempunya 4 orang anak iaitu 2 lelaki & 2 perempuan. Anak sulungnnya berumur 9 tahun dan yang paling kecil kurang setahun umurnya.. Anaknya yang kecik adalah yang ni..

Comelkan? Ni gambar terbaru yang aku ada dalam simpanan aku, gambar ni aku ambil semasa melawat ibunya di hospital besar Kuala Lumpur, 2 bulan sebelum beliau meninggal.. Kak Ayu adalah nama kepada ibu anak kecik ni..beliau meninggal kerana menghidapi menyakit barah. Semasa aku dapat berita tentang pemergian arwah, aku sebenarnya macam tak percaya….dan susah nak percaya…hmm…
(aku pernah ceritakan tentang anaknya di sini)
Walaupun aku mengenali kak Ayu baru setahun lebih selepas penggabungan syarikat, aku agak rapat dengan dia dan family nya, terutama pada anak-anaknya..
Sebenarnya..emosi aku agak tersentuh apabila kali terakhir aku lihat wajahnya sebelum di kapankan, ada ukiran senyuman di riak wajahnya……dan paling hiba apabila menyembahyangkan jenazahnya….
Ya, Tuhan lebih menyayanginya…Semoga rohnya di cucuri rahmat..Amiinn…..

Imam, suami dan 2 daripada anaknya semasa di kebumikan
Nota: Sayangi dan hargailah mereka yang masih hidup. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan selamat berpuasa..
hmm..aku masih belum menghabiskan cerita sedih yang telah berlaku pada awal bulan ni…
sekarang ni kepala aku ada macam-macam benda nak di keluarkan tapi…adooiiyaaii..macam mana yek?
pasal kerja..
memang sentiasa ada selagi aku di bayar gaji..erk..kerja aku masih susah untuk di kurangkan lah..huhu..
pasal rumah…
so far takde isu yang besar yang berlaku..ok je..
pasal kawan-kawan..
ya! salah satu nye.. kawan satu kelas & satu sekolah nak kawin 3 ogos nih..insha-Allah aku datang Idzham..(bebudak kelas panggil dia “Topo”)
ape lagi dalam kepala aku nih yek..hmm..
fuuhh..
kawan yang nak aku tolong…dan dah tolong..tapi bersangka buruk dengan aku..
cammana tuh?
sebenarnye…kes ni yang aku dalam dilema sekarang nih..bila ternampak nama dia di skrin telefon…terus aku takde mood nak buat kerja..
benda lain yang mudah sepatutnye aku boleh buat..
dah jadi berat…
cammana aku nak siapkan kerja-kerja aku nih ?? dan benda-benda lain yang aku kena buat ?!?
ape yang aku rasa sekarang..aku kena selesaikan masalah tu secepat mungkin..
sebelum kepala aku rasa makin berat dan hilang pertimbangan..dan tak betul….
tapi tak jadi gila lagi laa..
i hope so..
nanti aku akan habiskan cerita sebelum ni..cerita sikit la..sbb peristiwa tu agak emosi untuk aku…dan orang lain yang mengetahuinya..
so..bak kata omputeh…”Life must go on..“
hmm..pada hari jumaat 1 Rejab, bersamaan dengan 4 july 2008…aku sampai ke office 20 minit lebih awal..(ya,selepas aku berjaya di kejutkan dengan bantuan telefon :P) dan aku perhatikan..macam ada something yang dah berlaku di office ku…
Buat permulaan, aku hanya abaikan dahulu..sbb ianya mungkin tak penting & takde kaitan dgn aku pun..dan seperti biasa, selepas meletakkan beg “kura-kura” ku dan menghidupkan “enjin’ CPU, aku terus ke tandas untuk memperkemaskan diriku..
……………..
bersambung-sambung…
…sbb aku nak tido dulu lah..huhu..
hmm..aku nak buat baik..tp boleh dpt sakit hati..
aku nak buat jahat..tp rasa tak selesa dan tak sedap hati..
kedua-dua nya ada pro dan kontra…
buat baik..susah utk permulaan..
buat jahat..seronok utk permulaanya…
ambil masa yg lama utk dapat kemanisan hasil buat baik..
tapi,masa yg singkat dpt keburukan hasil dari buat jahat..
dilema oh dilema..aduihaaii..ye ker?
kerja aku masih banyak!! macam mana nak kurangkan nih?!
tulisan ni sekali imbas dlm kepala..keluar melalui tulisan text nih..walaupun dlm kepala belum keluar semuanya..
fuhh…ya Allah, selamatkan lah hamba mu yg hina ni..yg mahu di jadikan khalifah di atas muka bumi nih..

Hmm..dah lama aku tak meng’online’ kan diri dan meng’update’ kan blog nih, edeeii…
Macam2 perkara yang aku lalui dan pelbagai suasana yang aku tempuhi..
Kerja aku..memang tak pernah nak susut…dan memang susah nak kurangkan!!
Keluar rumah di pagi hari, balik rumah di malam hari..
Waktu kerja aku kerja, waktu cuti aku kerja..hmm..
Lembu pun… kalau kerja, pagi dia keluar.. petang dah balik kandang..tapi aku?
Berjaya menewaskan binatang yang bernama lembu!! dan yang seumpama dengannye, hahaha…
(ketawa cam org gila)
Sampai bila aku kena buat macam ni yek?
hmm..mungkin sbb itu surah Al-Baqarah(sapi betina/lembu) adalah antara surah yang terpanjang dlm kitabNya..
untuk insan yang bernama manusia memikirkan dan mengambil pelajaran…
Tapi alhamdulillah, setiap orang ada ‘kuasa ‘untuk memilih dalam hidupnya..
Memilih untuk dalam keadaan sibuk atau mengurangkan kesibukkan…
Memilih untuk sibuk di masa muda atau sibuk pada masa pencen nanti..
Memilih untuk susah sekarang atau susah akan datang…
Dan apa yang patut aku pilih sekarang?
Adakah aku memilih untuk habiskan tulisan ni pada hari ini,
atau memilih untuk di sambung pada lain hari?
hehe..ada kerja lain nak buat lah, ada masa aku update lagi blog nih..
chayok2 khalid!!