Archive for September 18th, 2006

Kesibukkan..

Monday, September 18th, 2006

Haiyaa..sekarang ini makin sibuk ler..dengan kerja yang bertambah-tambah,study dengan assigment yang kena siapkan..Aduh! sakit jiwa ku..(dah tahu sibuk,sempat lagi tulis blog ni,hehe..)

Bukan apa,cuma nak melepaskan sedikit keserabutan kepala aku ni yang macam-macam aku fikirkan.Adakalanya kepala ini rasa dah jadi macam batu,berat maa!! Hmm..entahlah,aku ini kalau fikir,fikir sedalam-dalamnya..kenapa,kenapa ,kenapa dan kenapa.Begitulah aku berfikir bila terjadinya sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup KU.

Mungkin keadaan dunia dan di sekeliling aku ni,banyak benda-benda mengejutkan berlaku yang kadang-kadang aku tak boleh terima keadaan tu..

korang perasan tak apa yang aku perasan? Erk,aku tak tahu lah korang berfikir sama tak apa yang aku fikirkan(ialah,sebab korang mana lah kenal aku sangat,hehe..)sebahagian je..
Kalau anda-anda sekalian tengok kan,semakin banyak kes-kes jenayah yang berlaku.Semakin bertambah dan semakin serius! Dengan kes bunuh-membunuhnya,rogol dan bunuhnya,banyaknya kes ragut dan kecuriannya,murtadnya dan macam-macamlah!!Kemudian dengan bencana alam lagi,tanah runtuhnya, pokok tumbangnya,banjirnya(termasuk KL!)

Adakah kiamat sudah dekat?(cam nama filem lak pulak) Hmm..kiamat sentiasa dekat dengan kita sebab kita tak tahu bila “nafas” kita akan habis.Allah pun ada sebut dalam Quran,maksudnya “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..(Ali-Imran;185)“. Aku pun bukan lah alim dan baik sangat,cuma nak mengingatkan diri sendiri dan orang lain yang mahu di ingati..
Entah la,kadang-kadang aku pun terfikir,bila nak kiamat yek?sebab tak tahan dengan dugaan yang macam-macam ini..Apa yang aku boleh buat?hmm..aku buat apa yang aku boleh buat lah.Salah satunya,tambahkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca buku-buku,baca Quran(fahami maksudnya),dan belajar dengan orang betul! Kalau salah orang/tempat,sesat lak kan?

So,itulah dia..kita kalau nak buat sesuatu kenalah ada ilmu,jangan main belasah aje.Betul tak?Hmm..cukup ler buat masa ni,aku pun tak larat dah ni,hehe…Wassalam

*Peringatan untuk diri sendiri yang masih banyak kekurangan