Kebosanan…
Friday, October 27th, 2006Catatan 1
Hari ini aku dilanda kebosanan,kemurungan dan kebengongan .Hmm..mungkin aku sudah gila agaknya,hahaha..adakah disebabkan ketupat dan nasi impit yang banyak aku telan..tidak! Mungkin banyak dosa yang aku buat kot..eh,bukan mungkin,tapi memang sah! haha..(buat pengakuan di khalayak ramai) Apalah aku ni..
Catatan 2
Kerja ku masih banyak lagi belum disiapkan.Bertingkat-tingkat fail di atas meja aku..Aku asyik memikirkan,bila nak siap ni yek?.Siap sikit,berganda-ganda yang baru pula timbul.Haiyaa..itulah duniakan? Tak ada kerja merungut,banyak kerja pun merungut.(Perli diri sendiri)ho ho..Apalah aku ni..
Catatan 3
Semalam dan hari ni,hanya 4 orang je daripada 23 orang yang bekerja di department aku,seorang manager,2 orang unit motor dan seorang unit non-motor..dan aku lah yang seorang tu..aku bukan manager tau! Kesian kat aku,melayan karenah telefon dan surat-menyurat.Apalah aku ni…
Catatan 4
Lepas balik kerja,aku telefon kawan aku,cari teman berbicara jap.Sebab kat office takde orang yang berbual dengan aku,hehe..Lepas tu,aku meneruskan misi untuk memenuhi permintaaan perut ku yang seakan-akan mahu menyanyikan lagu ‘Biarlah Rahsia’ untuk menghiburkan hati,haha..(apa aku merapu ni?) Selepas mendapat makanan yang dipesan dan membasuh tangan,dengan lemah lembut dan sopan santunnya..apa lagi,makanlah! (sambil mendengar lagu-lagu jiwang di MP3 ku) Layan blues,hahaha..Apalah aku ni..
Catatan 5
Eh..dah habis lah,sekian
Nota:Apalah aku ni,suasana raya masih hangat lagi sudah kebosanan ke?haiyaa..pelik sungguh khalid ni..hahaha ![]()


