Archive for November, 2006

Jurukamera

Wednesday, November 8th, 2006

Pada 13 Syawal bersamaan dengan 5 Nov 2006 pada hari ahad, aku telah diberi kepercayaan oleh keluarga En. Mansor dan anaknya Siti Rahmah untuk menjadi jurukamera di majlis perkahwinan anak/adiknya di sentul.(hehe..bestnya)

Aku pun hairan kenapa dia pilih aku,walaupun aku tak pernah pulak ambil kursus jurugambar secara profesional. (Hoho..bangga kejap.) :P

Apa-apa pun,terima kasih banyak-banyak yek imah kerana sudi melantik aku sebagai jurukamera walaupun tak profesional dan maaf bebanyak kalau gambar tu ada kecacatan.Best jugak mengambil gambar gelagat orang di majlis perkahwinan ni,macam-macam adaa,Hehe… :)

Ok,ni sedikit gambar yang aku dan kawan aku tangkap selepas di edit.Disebabkan aku jurukamera,maka tiadalah muka ku disini.hikhik..

Wassalam

KU:Hah! ko bila lak nak kawin imah?hehe..

paste

tampal
menjemput

Pesta Komputer

Sunday, November 5th, 2006

PCFairOh ya,benda ini dah lama aku tahu dalam bulan lepas,tapi tak teringat nak letak kat weblog ni.Sesiapa yang gilakan teknologi dan komputer macam aku mungkin dah tahu kot pasal PC Fair ini..
Pesta PC @ PC Fair adalah acara tahunan jualan komputer dan alatan-alatan elektronik seperti pemain MP3,kamera digital,PDA, dan lain-lain yang diadakan setahun 3 kali.Dan yang terakhir untuk tahun ini akan diadakan pada 1 hingga 3 Disember di Kuala Lumpur Convention Center(KLCC),Penang International Sports Arena,Dewan Merdeka-Majlis Perbandaran Manjung dan Prime City Hotel. Untuk jadual yang lengkap,klik sini untuk ke laman web PIKOM.

AMDHmm..kali ini,insya-Allah aku mengidamkan sebuah CPU baru yang menggunakan prosesser AMD (sebab sebelum ni pakai Intel je,nak test pakai AMD lak) dan hardisk lak guna SATA (Serial ATA) dalam 60GB atau 80GB kot.Tengok budget macam mana(minta-minta adalah bonus sikit hujung bulan ini) ho ho..

Jadi kepada yang fanatik dengan teknologi ini,jemputlah datang beramai-ramai ke KLCC yek (eh,macam rumah aku pulak aku buat,hik hik..) Dan peringatan lak yang akan membeli-belah kat sana nanti,pastikan beg duit/dompek anda di jaga dengan baik yek,nanti penyeluk saku ambil kesempatan lak,Ok !

Jumpa di sana!-KLCC
Wassalam