Archive for January, 2007

Di tempat baru

Wednesday, January 31st, 2007
Hmm..selepas berpindah ke office baru,banyak perubahan yang berlaku.Suasananya berubah,pekerjanya bertambah,sistem makin mencabar dan minta2 gaji bertambah kemudian kerja dapatlah dikurangkan, ahak,ahak..boleh ker? :)

luas
Dan di sinilah tempatnya diletakkan lebih kurang 80 pekerja di department ni,hmm..ramai tu,sebab sebelum ni kat office lama untuk department aku hanya 23 orang sahaja.
tingkap
MejaKU
Sini lak tempat aku memerahkan tenaga dan otak untuk menjawap panggilan,layan karenah agen-brokers-t/party dan melihat status claim yang belum selesai..kalau bosan ker,tensen ke, aku boleh menghadap tingkap tengok cuaca,dah juga keadaan di jalan raya..hehe..bertuah aku dapat tempat duduk ada tingkap ni :P (yang lain jangan jeles yek, sebab ada orang mahu di tempat saya!) ahak :D
Sekian.

Selamat tinggal…

Wednesday, January 3rd, 2007

Assalamuaikum,

Hmm..sudah agak lama aku tak meng’update‘kan blog ni,hehe..sampai masuk tahun baru 2007! haiyaaa…apa nak jadi aku ni..
Bukan apa,selain kerja yang banyak di tambah pula nak berpindah ke bangunan baru..Berpindah? Ya,kami telah berpindah ke tempat kerja yang baru daripada Jalan Melaka(berhampiran dengan Masjid Jamek) ke Bangsar.Itu lah sebabnya tajuknya selamat tinggal, isk,isk, isk..walaupun baru setahun aku berada di bangunan ini,banyak kenangan yang telah aku lalui..selain tempatnya yang berdekatan dengan Mydin..(eh,apa kaitannya dengan Mydin ni?)hehe..

Itu yang pening dibuatnya,masa mengemas barang-barang dan fail masuk ke dalam kotak,masa itu ler banyak panggilan dan tuntutan masuk,aikyak!! Tak caya cuba tengok gambar2 ni,pejabat aku sudah jadi seperti stor,banyak kotaknya Ooo..

kekotak

Kami mula berpindah pada hujung bulan November tahun lepas dan mula di tempat kerja baru pada 4hb Dis 2006.

Dan hari ini 3-Jan-07 ,mula berkerja di tahun baru,hehe..jadi selamat bekerja, selamat kembali ke sekolah,selamat masuk ke semestar baru dan selamat tahun baru kepada semua rakyat Malaysia yek! Semoga tahun ini tahun yang selamat.Chayok!

Wassalam :)

p/s: dan hari ini ibu kepada akirasuri akan menjalani pembedahan di kaki,maka marilah kita sama-sama berdoa semoga pembedahan tersebut dan ibunya selamat..