Archive for March, 2007

Perkara Kecil…

Saturday, March 31st, 2007

Hmm..aku selalu memikirkan perkara ini…memikirkannya semasa keseorangan, memikirkannya semasa menunggang “kuda”, memikirkannya selepas balik kerja dan memikirkannya semasa melihat keadaan sekeliling. Yang statik dan yang bergerak…

Apakah perkara kecil ataupun langkah pertama ataupun titik permulaan yang aku kena buat dan usahakan supaya ia menjadi besar, menjadi inspirasi, menjadi batu loncatan dan menjadi kayu pengukur untuk perkara-perkara yang seterusnya,hmm…

Ianya untuk diri, untuk keluarga, untuk sahabat, untuk bangsa, untuk agama, untuk negara, dan untuk dunia..

Walaupun dari segi fizikalnya aku ini kecik dan comel (hehe..orang kata laa), tapi pemikiran aku besar…pelbagai dan bermacam-macam..yang berada di dalam otak pemikiran aku…

hmm..

Hari Sukan Sekerja

Monday, March 26th, 2007

Assalamuaikum :)

Pada tarikh 3-3-07 hari sabtu,syarikat kami telah mengadakan hari sukan untuk kakitangan dan sekeluarga.Ini merupakan kali pertama aku bersukan semenjak aku berpindah ke office baru dan setelah sekian lama meninggalkannya selepas alam persekolahan. Aku suka dan gumbiraa!! Hahaha.. :D (ketawa jahat sikit) Seperti zaman persekolahan aku dulu,kami juga ada warna2 untuk rumah sukan,dan aku adalah anggota rumah KUNING :) aku suka!

Ya,seperti post aku yang terdahulu yang bertajuk “Notification Only” tentang hari sukan,kali ini aku mahu tunjukkan bukti-buktinya..ehek,ehek,ehek..

(more…)

PELIK KE? (Siri 2)

Monday, March 19th, 2007

ok,seperti yang di janjikan, aku nak menyambung sifat @ ciri2 kepelikkan yang ada kat aku.

Empat kepelikkan
hmm..aku suka menghadap komputer, menggodek komputer, makan minum bersama komputer dan kadang2 tido bersama komputer!! haha.. :D
Ya..komputer aku ni dah ibarat macam bini no 2 aku je..erk,tapi bini no satu takde lagi yek..ehek,ehek,ehek..
Adakah ni pelik ?… :P

Lima Kepelikkan
kesian dia….
aku sebenarnya alegik, tak suka, menyampah, sangat benci, dan perkataan2 negatif yang sama waktu dengannya bila ada orang menyebut perkataan kesian kat aku ataupun bila terdengar perkataan itu..
Ada peristiwa yang berlaku di depan mata aku yang menyebabkan aku tak suka mendengar perkataan tu sebenarnya..nak cerita susah & panjang sangat rasanya kalau di tulis..
Tapi apa yang aku boleh aku bagitahu, kebanyakkan org yg menyebut perkataan kesian ni hanya pada kata2 sahaja, dan tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan untuk menunjukkan dia ni betul2 simpati ataupun mahu membantu untuk mengurangkan beban yg ditanggung kepada orang yg kena “kesian” tu…
pelik ke?.. ya! memang pelik! (bagi aku lah)

Enam Kepelikkan
Dan kepelikkan terakhir yang aku akan umumkan ialahhh…!!
Aku akan buat muka pelik bila aku sedang blur ataupun tidak memahani sesesuatu perkara yang di sampaikan oleh seseorang..

  • Kenangan di zaman kolej..
    Ketika pensyarah aku sedang menunjukan cara2 untuk membuat coding VB di komputer,kawan aku yang bernama Darol Sham
    (isk..dia sudah berkahwin)
    Ha! khalid,ko jangan buat muka pelik yek!:P

sekian

PELIK KE ?

Sunday, March 18th, 2007

salam pertemuan yang dah lama tak ketemu.. ;)

pertama sekali mohon ampun kepada cik akira dan kawan-kawan ku sekalian kerana lambat kurang pantas untuk menjawap smart tag anda,hehe…

The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don’t forget to leave a comment that says ‘you are tagged’ in their comments and tell them to read your blog. 

Ok,apa perlakuan @ sifat pelik yang melekat kat diri aku yek? Hmm…selepas melakukan pemerahan otak & sedikit penyelidikan..(hehe..macam sainstis lak pulok) aku telah menemui ciri-ciri pelik yang ada pada manusia yang bernama Khalid Uzer ni..

Satu kepelikkan
Sebagai seorang pelajar dan pada masa yang sama aku juga seorang pekerja di syarikat swasta.Aku suka bekerja selepas waktu kerja.Maksudnya, selepas pukul 5.45 petang, selepas orang dah balik ke rumah, selepas hari sudah bertukar malam, dan selepas kesesakkan di jalan raya berkurangan.
Ya!! Aku dapat lebih fokus,sebab tak ada panggailan telefon yang aku akan angkat, tak ada orang nak bagi arahan, dan aku tak perlu naik turun bangunan pada waktu tu. Pelik ker? Hmm..aku rasa ni tak lah pelik sangat bagi orang bujang macam aku. Bukan apa,kadang2 ada abang2 & kakak2 yang bertanya,”eh khalid,ko berumah kat sini ker?” ataupun, “khalid,ko tido kat opis yek?” ;)

Dua kepelikkan
Tuan-tuan dan Puan-puan nak tahu tak? Berat badan saya lebih kurang 43kg sahaja..dan saya seorang yang slim river!! hahaha.. :D Maksudnya aku seorang yang kurus bangat,kihkih..Ada abang kat opis buat lawak kat aku,”Badan khalid ni boleh lipat2 masuk dalam kotak tau!” hahaha..aku tergelak memikirkannya.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kekecikkan badan aku ialah makanan.Ya,sebenarnya aku mempunyai sifat malas makan.Aku akan malas makan bila kurang mood @ bad mood.Aku makan ikut mood bukan sebab lapar semata-mata. Aku juga tak teringat untuk makan apabila aku begitu khyusuk menghadap komputer, ataupun buat sesuatu yang aku sangat suka.Seperti sebelum ni.hehe..pelik ke? ni memang pelik untuk aku.
>Tetapi!! ada kelebihan di sebalik ke slim’man aku ni,hehe..ramai orang tengok aku seperti seorang yang sangat muda, seperti seorang remaja sekolah dan tidak seperti seorang yang sudah bekerja 3,4 tahun.ehek,ehek..jangan jealous yek!

Tiga kepelikkan
Aku suka membaca, suka ilmu pengetahuan dan suka membeli majalah & buku2 yang boleh menambahkan pengalaman aku. Hmm..tapi yang peliknya, aku jarang & kadang2 susah nak habiskan bahan bacaan yang aku beli…ada buku yang aku beli 2 tahun lepas,aku tak habis baca lagi!! :P Pelik ke? hehe..
>Tetapi!! aku dah dapat tip daripada Dr Irfan untuk mengatasi masalah ni.TQ Dr. :)

Empat kepelikkan - Lima kepelikkan - Enam kepelikkan
Aku sambung esok yek.Sebab dah nampak panjang sangat lah aku rasa entry kali ni dan aku tak suka.
Nanti orang yang tak rabun jadi rabun macam aku,heheh..
>Tetapi!! Aku terjumpa satu software untuk menyelesaikan kes ni-yang banyak text dan textnya halus. Kanta pembesar/magnify -> ini link download

kanta

~Wassalam

Notification only

Wednesday, March 7th, 2007

Ayat “notification only“(untuk makluman sahaja) ni selalu digunakan apabila sesuatu kejadian berlaku kepada seseorang atau sesuatu,tuntutan(claim) tersebut tidak di tuntut oleh pihak ketiga(third party).Ini sebagai persediaan kepada syarikat insurans & pihak yang mengambil insurans tersebut.Data2 seperti nombor sijil,tarikh kejadian(date of lose), lokasi kejadian,nama peserta(participant name),dan nombor telefon yang boleh dihubungi sangat penting untuk direkodkan.

Dan keterangan di atas bukanlah tajuk utama yang nak dibincangkan dalam enrty aku hari ni.hehe.. :)
apa yang nak aku maklumkan ialah sebab2 alasan2 yang aku tak dapat nak meng’update kan blog pada minggu lepas. ;)

*hari sukan
Ya,syarikat kami telah mengadakan hari sukan utk kakitangan & sekeluarga pada 3-3-07 hari sabtu lalu di Bangi, jadi sebelum tarikh tersebut saya dan peserta2 lain telah disibukkan dgn latihan perbarisan utk hari sukan di sana.Dan korang nak tahu tak? kami rumah kuning telah memenangi tempat pertama untuk acara pembarisan.hahaha..bangganya aku!!
Akibat drpd latihan perbarisan,kerja aku byk yg tertunda..isk,isk..kesian kat aku :(

*wangsa maju <- bangsar -> puchong 
Selain di ofis akibat kerja tertunda,aku terpaksa menghabiskan masa di atas jalan raya sebab aku sekarang ni dlm proses utk berpindah kediaman dari w.maju ke puchong.Jadi lepas keje aku akan balik w.maju kejab utk mengambil barang keperluan sikit dan bergerak ke puchong..dan akan berterusan sehingga semua barang2 berjaya dipindahkan.

*PC problem>hang 
Sehingga pagi tadi,PC aku masih bermasalah.Windows tak load dengan sempurna. Byk kali restart keadaan masih sama,hmm.. aku tak suka update blog ni di cyberCafe mahupun di ofis.(kali ni je,curi masa rehat update kat opis) Sebab kat opis aku ni “line tak clear” dan security sistem agak canggih.hehe.. 

Maka dengan itu,kepada peminat2 ku maaf bebanyak kerana tak dapat update blog ni seperti anda semua..eh,cam artis lah pulak.Errk..aku ada peminat ker? ehek,ehek,ehek… :D

wassalam

p/s : erk…boleh diterima tak alasan tu? hehe..
        yang bertag-tag pelik tu saya akan jawap nanti yek.