Archive for March 31st, 2007

Perkara Kecil…

Saturday, March 31st, 2007

Hmm..aku selalu memikirkan perkara ini…memikirkannya semasa keseorangan, memikirkannya semasa menunggang “kuda”, memikirkannya selepas balik kerja dan memikirkannya semasa melihat keadaan sekeliling. Yang statik dan yang bergerak…

Apakah perkara kecil ataupun langkah pertama ataupun titik permulaan yang aku kena buat dan usahakan supaya ia menjadi besar, menjadi inspirasi, menjadi batu loncatan dan menjadi kayu pengukur untuk perkara-perkara yang seterusnya,hmm…

Ianya untuk diri, untuk keluarga, untuk sahabat, untuk bangsa, untuk agama, untuk negara, dan untuk dunia..

Walaupun dari segi fizikalnya aku ini kecik dan comel (hehe..orang kata laa), tapi pemikiran aku besar…pelbagai dan bermacam-macam..yang berada di dalam otak pemikiran aku…

hmm..