Pengantin terbaru!!
Wednesday, May 30th, 2007
Ehem ehem..Perhatian kepada pelajar-pelajar sijil teknologi maklumat CS007 pada tahun 2001-2002 di Insitiut Profesional Baitulmal (IPB). Ingin saya maklumkan bahawa salah seorang rakan kita telah pun di iktiraf sebagai pengantin terbaru di kalangan kita! hehe..selain En. Darolsham dan Pn Liza yang telah pun mendapat pengiktiraf tersebut beberapa bulan lepas
Beliau yang dimaksudkan ialah Pn Azlin dan gandingannya ialah En Azmizan!! Majlisnya berlangsung pada hari ahad lepas, 27 Mei 2007. Ya..sila berikan tepukan gemuruh doa kepada mereka agar mereka berbahagia hingga ke akhir hayat dan di kurniakan anak soleh mahupun solehah,aminn…
Kepada rakan-rakanku yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka iaitu en. Hakimi dan cik Sheeda yang berada di terengganu, En Azwan dan cik Suzi kerana urusan kerja serta en faiz, en shai, en wahyudin, cik imah, cik tipah, cik shamsiah, cik ina, cik acu, cik lily dan rakan-rakan sekolej mahupun pensyarah yang setempat & sewaktu denganya, saya mewakili pihak pengantin memohon berjuta-juta ratus ribu ampun dan maaf kerana tidak dapat memaklumkan majlis beliau dengan awal..ampun tuanku..
sebagai penebus kesalahan hamba,(erk..tukar gaya bahasa lak) hamba menghidangkan beberapa tangkapan gambar yang sempat hamba ambil semasa majlis berlangsung..hamba berhadap kalian sudi meratapnya..mohon berjuta-juta ribu ratus ampun sembah tulisan hamba harap di ampun,hehe..

