Idea kimi yang…*
Thursday, June 7th, 2007Assalamualaikum semua,

(Gambar semasa perjumpaan mengejut di KLCC pada 1 April 2006. Aku sebenarnya nak letak gambar geng sekolej masa pegi melaka dulu tu (ape nama pantai tu aku tak ingat lah) ,tapi aku tak jumpa lak album nye kat mana aku letak,hehe..aku jumpa nanti aku upload kat blog aku yek! )
uhuk, uhuk..ok, semenjak entri yang aku siarkan tentang Pengantin Terbaru!! ni, kemeriahan blog aku telah melanda dengan mendadaknya oleh serangan kekawan sekolej aku dan belum pernah dalam rekod blog aku ni dikomenkan sehingga lebih dari 30 komen!! waahh..aku sangat teruja dan gumbira melihatnye,hahaha..
(ketawa jahat)
terima kasih geng kerana sudi menjadikan blog aku ni sebagai tempat untuk korang “berjumpa” dan bergurau senda
Dan aku dah baca korang punya cadangan dan idea terutamanya dari incet kimi kita dan rakan yang lain untuk memperluaskan kegunaan blog aku ni..(kimi aku promot ko ni, hehe..jgn perasan lebih yek)
Oleh itu, aku dah buat keputusan untuk membuat satu ruangan forum atau tempat untuk kita dan kawan2 kita yang lain bercerita, berbincang dan mungkin berkongsi pengalaman di ruang forum tersebut. Dan mungkin korang boleh buat pengumuman @ jemputan bila korang nak kawin nanti!! hehe..
