Beri Sayang Dapat Sayang
Hmm..aku cuma nak share apa yang aku dapat daripada email untuk di hayati bersama..
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barang siapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang siapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barang siapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.” Barang siapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Wallahualambissawab.
p/s: ya,aku memang suka kanak2!! Adakah mungkin itu salah satu faktor muka aku seperti kanak2 ataupun dalam bahasa omputehnya babyface ? hehe…jgn jealous

April 9th, 2007 at 11:42
bro, nanti bila kau dah ada anak .. kau akan lagi faham tentang apa yang kau tulis ni
April 9th, 2007 at 14:25
weh pakcik… kanak-kanak banyak yang terbiar… dari abeskan masa kat depan pc sorang-sorang, pegilah lepak dengan derang.. ajar ‘memancing’, bukan ‘belanja’ ikan. he he.
April 9th, 2007 at 21:45
Salam.
wah! entri tentang keibubapaan ek. ha ha ha.
Salam.
April 11th, 2007 at 1:37
jeff> hmm..ya,saya sudah memikirkannya sehingga ke peringkat cucu!!
mek> erk..aku tak pandai memancing laa..tp aku akan ajar cara repair PC! hehe..
akirasuri> ini utk semua umat manusia la,termasuk utk kanak2 oren! haha
April 11th, 2007 at 18:21
ajar cara repair pc? bagus jugak tuh… he he he
April 15th, 2007 at 15:46
bergaul dan berkawan ngan kanak2 lgik menarik drpd yg da dewasa…
kita akan terhibur ngan telatah dorang..xde bawa masalah…
pastu sedikit sebyk leh wat kita aweks muda coz slalu tersenyum dan tergelak ngan aksi dorang…
April 17th, 2007 at 19:15
Selamat menjadik bapak budak.. Heheh Kalo antara anak lelaki ngan anak pompuan, kene lebih kan anak pompuan. Tapi kalo mak nya ngan si anak, nk lebihkan sape ye?
June 5th, 2007 at 8:20
KHALID babyFace??? BABYFACE Khalid??? erm…
June 5th, 2007 at 19:29
acu> ko konfius yek acu? formula ni cam ni..
KHALID babyFace + BABYFACE Khalid= KHAlid yg cute! hehe
June 6th, 2007 at 0:31
amboi memuji khalid nmpk..ade ape2 ker..heeheee