Kesibukkan..
Haiyaa..sekarang ini makin sibuk ler..dengan kerja yang bertambah-tambah,study dengan assigment yang kena siapkan..Aduh! sakit jiwa ku..(dah tahu sibuk,sempat lagi tulis blog ni,hehe..)
Bukan apa,cuma nak melepaskan sedikit keserabutan kepala aku ni yang macam-macam aku fikirkan.Adakalanya kepala ini rasa dah jadi macam batu,berat maa!! Hmm..entahlah,aku ini kalau fikir,fikir sedalam-dalamnya..kenapa,kenapa ,kenapa dan kenapa.Begitulah aku berfikir bila terjadinya sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup KU.
Mungkin keadaan dunia dan di sekeliling aku ni,banyak benda-benda mengejutkan berlaku yang kadang-kadang aku tak boleh terima keadaan tu..
korang perasan tak apa yang aku perasan? Erk,aku tak tahu lah korang berfikir sama tak apa yang aku fikirkan(ialah,sebab korang mana lah kenal aku sangat,hehe..)sebahagian je..
Kalau anda-anda sekalian tengok kan,semakin banyak kes-kes jenayah yang berlaku.Semakin bertambah dan semakin serius! Dengan kes bunuh-membunuhnya,rogol dan bunuhnya,banyaknya kes ragut dan kecuriannya,murtadnya dan macam-macamlah!!Kemudian dengan bencana alam lagi,tanah runtuhnya, pokok tumbangnya,banjirnya(termasuk KL!)
Adakah kiamat sudah dekat?(cam nama filem lak pulak) Hmm..kiamat sentiasa dekat dengan kita sebab kita tak tahu bila “nafas” kita akan habis.Allah pun ada sebut dalam Quran,maksudnya “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..(Ali-Imran;185)“. Aku pun bukan lah alim dan baik sangat,cuma nak mengingatkan diri sendiri dan orang lain yang mahu di ingati..
Entah la,kadang-kadang aku pun terfikir,bila nak kiamat yek?sebab tak tahan dengan dugaan yang macam-macam ini..Apa yang aku boleh buat?hmm..aku buat apa yang aku boleh buat lah.Salah satunya,tambahkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca buku-buku,baca Quran(fahami maksudnya),dan belajar dengan orang betul! Kalau salah orang/tempat,sesat lak kan?
So,itulah dia..kita kalau nak buat sesuatu kenalah ada ilmu,jangan main belasah aje.Betul tak?Hmm..cukup ler buat masa ni,aku pun tak larat dah ni,hehe…Wassalam
*Peringatan untuk diri sendiri yang masih banyak kekurangan
September 18th, 2006 at 4:17
Entah la,kadang-kadang aku pun terfikir,bila nak kiamat yek?sebab tak tahan dengan dugaan yang macam-macam
ini..
September 18th, 2006 at 4:19
incet khalid: Entah la,kadang-kadang aku pun terfikir,bila nak kiamat yek?sebab tak tahan dengan dugaan yang macam-macam
ini..
akira: “erk, mahu kiamat cepat??saya tak mahu kiamat berlaku ketika saya hidup kerana seburuk-buruk manusia adalah manusia yang matinya ketika kiamat…manusia yang paling sesat, nauzubillah…”
incet khalid..dalam hidup ni memang ada macam-macam dugaan..semua tu ujian Allah..saya rasa incet khalid pasti lebih arif bukan..mungkin dugaan tu kifarah dosa-dosa kita…setiap yang terjadi pasti ada hikmah..tak baik mengeluh tapi yalah saya faham, kita ni kerap khilaf, saya pun selalu aja begitu…
saya selalu ambil inisiatif untuk memantapkan diri saya dengan buat perbandingan..antara dugaan saya dengan dugaan yang diterima oleh orang islam di luar sana [contoh palestin], mana lagi besar…ya ya benda ni berjaya memuhasabahkan diri saya..incet khalid!!chayo!!
uhuhuhu maaf mengomel panjang-panjang..macam satu entri aja panjangnya…apapun, saya harap incet khalid tabah menghadapi mehnah dalam kehidupan zaman serba mencabar ni…chayo!!berusahalah…
nota budak sekolah: ingatkan saya jika saya terlupa…
September 18th, 2006 at 19:15
Cik Akirasuri,terima kasih atas nasihat yang bermotivasi tu
Ok,mungkin kebanyakkan orang faham hari kiamat itu hari kehancuran bumi kan?Hari kiamat ataupun dalam erti kata yang lain ialah hari kebangkitan (kiam=bangkit/kebangkitan,dalam bahasa arab- sila betulkan jika salah). Dan konteks saya hari kiamat ini ialah hari yang berlakunya kebangkitan Islam di dunia…tiada lagi penindasan,tiada lagi peperangan, tiada lagi kerosakkan dan pendek kata,aman damai & sejahtera!!
Itulah kesimpulan yang dapat saya rungkaikan.
(p/s:Sila beri tunjuk ajar jika ada kesilapan)
September 19th, 2006 at 0:32
proses penterjemahan boleh menghasilkan perkara yang berbeza untuk jiwa yang berbeza.
dude, kau tak mahu letak msjbox ke?
September 20th, 2006 at 1:05
hmm..letak msjbox? buat masa ni tak kot,sbb nanti byk makan ruang..saya punya website tak siap lg,kang tak muat lak nak letak isi kandungan webnya.. blog ni pun sy belum habis jelajah cara penggunaannya. apa2 pun terima kasih kerana bg idea tu yek..
September 21st, 2006 at 19:07
Nice blog. Aku tertarik dengan kenapa, kenapa, kenapa, kenapa.. Teringat satu nasihat senior masa aku mula2 keje..Utk cepat blajar amalkan 4 Why stage.. Setiap soalan kene tanya 4 kali ..kenapa.. Ko berguru dgn dia gak ke brader..? Heh..
September 22nd, 2006 at 16:49
incet khalid..bila mahu update??
awak..selamat menyambut ramadhan al-mubarak..moga ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita…amin…:)
September 26th, 2006 at 18:11
terima kasih mr fuad,theme ni pilih je maa..bukan sy create pun
pasal 4kali kenapa ,minimum je tu..kalu sesuatu isu/masalah tu tak ada jawapan@ penyelesaian,persoalan kenapa tu akan bertambah berganda2 woo.Tu lah yg aku akan persoalankan dlm kepala,hehe..
utk cik akirasuri lak,buat masa ni memang tak sempat ler nak update.Beban kerja bertambah2 ler,sampai naik heran bila nak habis daa?ada kelapangan sy update yek! tq kerana mengingatkan