PELIK KE ?

salam pertemuan yang dah lama tak ketemu.. ;)

pertama sekali mohon ampun kepada cik akira dan kawan-kawan ku sekalian kerana lambat kurang pantas untuk menjawap smart tag anda,hehe…

The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don’t forget to leave a comment that says ‘you are tagged’ in their comments and tell them to read your blog. 

Ok,apa perlakuan @ sifat pelik yang melekat kat diri aku yek? Hmm…selepas melakukan pemerahan otak & sedikit penyelidikan..(hehe..macam sainstis lak pulok) aku telah menemui ciri-ciri pelik yang ada pada manusia yang bernama Khalid Uzer ni..

Satu kepelikkan
Sebagai seorang pelajar dan pada masa yang sama aku juga seorang pekerja di syarikat swasta.Aku suka bekerja selepas waktu kerja.Maksudnya, selepas pukul 5.45 petang, selepas orang dah balik ke rumah, selepas hari sudah bertukar malam, dan selepas kesesakkan di jalan raya berkurangan.
Ya!! Aku dapat lebih fokus,sebab tak ada panggailan telefon yang aku akan angkat, tak ada orang nak bagi arahan, dan aku tak perlu naik turun bangunan pada waktu tu. Pelik ker? Hmm..aku rasa ni tak lah pelik sangat bagi orang bujang macam aku. Bukan apa,kadang2 ada abang2 & kakak2 yang bertanya,”eh khalid,ko berumah kat sini ker?” ataupun, “khalid,ko tido kat opis yek?” ;)

Dua kepelikkan
Tuan-tuan dan Puan-puan nak tahu tak? Berat badan saya lebih kurang 43kg sahaja..dan saya seorang yang slim river!! hahaha.. :D Maksudnya aku seorang yang kurus bangat,kihkih..Ada abang kat opis buat lawak kat aku,”Badan khalid ni boleh lipat2 masuk dalam kotak tau!” hahaha..aku tergelak memikirkannya.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kekecikkan badan aku ialah makanan.Ya,sebenarnya aku mempunyai sifat malas makan.Aku akan malas makan bila kurang mood @ bad mood.Aku makan ikut mood bukan sebab lapar semata-mata. Aku juga tak teringat untuk makan apabila aku begitu khyusuk menghadap komputer, ataupun buat sesuatu yang aku sangat suka.Seperti sebelum ni.hehe..pelik ke? ni memang pelik untuk aku.
>Tetapi!! ada kelebihan di sebalik ke slim’man aku ni,hehe..ramai orang tengok aku seperti seorang yang sangat muda, seperti seorang remaja sekolah dan tidak seperti seorang yang sudah bekerja 3,4 tahun.ehek,ehek..jangan jealous yek!

Tiga kepelikkan
Aku suka membaca, suka ilmu pengetahuan dan suka membeli majalah & buku2 yang boleh menambahkan pengalaman aku. Hmm..tapi yang peliknya, aku jarang & kadang2 susah nak habiskan bahan bacaan yang aku beli…ada buku yang aku beli 2 tahun lepas,aku tak habis baca lagi!! :P Pelik ke? hehe..
>Tetapi!! aku dah dapat tip daripada Dr Irfan untuk mengatasi masalah ni.TQ Dr. :)

Empat kepelikkan - Lima kepelikkan - Enam kepelikkan
Aku sambung esok yek.Sebab dah nampak panjang sangat lah aku rasa entry kali ni dan aku tak suka.
Nanti orang yang tak rabun jadi rabun macam aku,heheh..
>Tetapi!! Aku terjumpa satu software untuk menyelesaikan kes ni-yang banyak text dan textnya halus. Kanta pembesar/magnify -> ini link download

kanta

~Wassalam

Leave a Reply