Archive for the ‘Bab @ Tahun 1’ Category

kuda di bengkel?

Tuesday, August 14th, 2007


……………………………………………………………………………………………………

 

hmm..hari ni aku nak meng update kan blog dan menjawap tag cik akira,tapi…tapi, tapi dan tapi…tag tu telah luput tempoh nye..edeii..ape2 pun bak kata omputeh..live must go on..hehe.. (ape aku merapu nih..?) :P

ok…

hari ni aku tak pi kerje…
kerna kuda ku tiba2 enggak mahu berlari hari nih…
ku tunggu “klinik” dibuka..
ku tunggu dan tunggu terus menunggu..
hingga matahari diatas kepala ku.. panas Ooo..
malangnye..”klinik” tu sudah berpindah rupa-rupa.. edeii…
satu menantian yang tidak bermakna..

sepatutnya aku d tempat kerje…
membuat rutin-rutin yang telah di tentukan..
akan tetapi kerana kuda ku..aku masih disini..
sesesuatu yang biasa dilakukan dihari berkerja..hmm..
aku masih disini..
hilang arah ku..mencari-cari sesesuatu yang tak pasti..
apa yang pasti…pengsan sepanjang hari.. hehe…

erk..aku tak tahu nak panggil ape tulisan ni..puisi ker? sajak ker? atau gurindam jiwa? ahak3.. :D aku telah merepek hari ni..huhihi..

apakah kalian dapat memahaminya? …. (entah lah labuu…)

Tammat

Antara kakak yang tuuuuut..*

Monday, July 2nd, 2007

…………………………………………………………………………………………………..

Hmm..isk, isk, isk..pada hari Isnin, 26 Jun bersamaan dengan 10 Jamadilakhir adalah hari terakhir pegawai eksekutif aku bekerja di syarikat & hari terakhir dia menjadi eksekutif yang kedua aku,isk, isk.. :(

Sedih jugalah aku bila dia akan bertukar ke syarikat lain..walaupun dia menjadi exz aku hanya dalam masa 5 bulan sahaja,hmm..

Dia berhenti @ bertukar kerja bukan sebab aku yek! Aku ok dengan dia tau! :P dan dengan orang lain jugak..

Aku ini manja sebenarnya kat kakak2 @ auntie2* kat opis aku ni,hehe..(pecah rahsia aku :P) ialah sebab kat department aku itu aku dalam kategori yang paling mudakan dan aku takder kakak dalam adik beradik aku,so..kat opis ni lah aku bermanja-manja dengan diorang ni, termasuk exz aku tu, ihik ihik..

hmm..lepas dia pindah ke tempat lain, aku dah takleh nak bermanja dengan dia lagi,huhuhu…

Pesanan kepada kakak yang ku sayangi, (more…)

Antara KEHENDAK logikal & KEINGINAN emosi

Sunday, June 10th, 2007


……………………………………………………………………………

hmm…untuk menguraikan berkaitan dengan tajuk di atas,aku gunakan seni kata lagu & juga ayat mukjizat yang selalu berada dalam fikiran aku..

Bukan terlalu memilih
Dalam mencari kekasih
Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain
Sekurang-kurangnya nanti
Punya hasil baru ku puas hati
Kau perlu buktikan dulu
Baru cintaku…gerenti beres
@ KRU-Gerenti Beres

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
@ Mestica-Destinasi cinta

hatiku bimbang namun tetap pikirkanmu
selalu slalu dalam hatiku
ku melangkah sejauh apapun itu
selalu kau di dalam hatiku
@ Petar Pan-Tak Bisakah

Wahai orang-orang Yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
@ 061. Ash Shaff-ayat 10 & 11

Pengumuman:
kepada mereka yang hendak memasuki forum, kalian juga boleh mengakses ke laman forum tersebut dengan menaip www.khaliduzer.com/forum > khaliduzer.freeforum.org (utk sementara)
Aku buat sedikit setting untuk memudahkan kalian mengingatinya,hehe… :)

Kepada sahabat-sahabat sekolej ku (@ pensyarah-pn mahani!),anda diwajibkan (sunat muakad sebenarnya,hehe..) untuk men’register di forum tersebut untuk memudahkan perhubungan sesama kita,hehe..terima kasih kepada mr hakimi, mr azwan, mr faiz & ms tipah kerana telah mendaftar.Selepas register, sila aktifkan akaun anda dengan klik di link email yang anda gunakan semasa register.

kawan-kawan ku yang lain juga (yang dari internet,bukan internet mahupun blog-blog) boleh juga mendaftar yek. Sebarang idea ataupun cadangan, bolehlah tinggalkan pesanan anda di ruang komen.

Makaseh ya :)

kotak fikiran ku: kenapa siaran malam ni banyak sangat hiburan yek? RTM dengan konsert gegar nye,TV3 dengan jom hebot nye..haiyaa…bosanlah :(  (adakah dengan ayat ini, aku boleh disaman?)

Sepatutnya theme ni ada 3 kolum, tapi dia jadi satu jek..kolum yang sepatutnya ada kat atas sudah turun ke bawah..kenape daa?

Idea kimi yang…*

Thursday, June 7th, 2007

Assalamualaikum semua,


(Gambar semasa perjumpaan mengejut di KLCC pada 1 April 2006. Aku sebenarnya nak letak gambar geng sekolej masa pegi melaka dulu tu (ape nama pantai tu aku tak ingat lah) ,tapi aku tak jumpa lak album nye kat mana aku letak,hehe..aku jumpa nanti aku upload kat blog aku yek! )

uhuk, uhuk..ok, semenjak entri yang aku siarkan tentang Pengantin Terbaru!! ni, kemeriahan blog aku telah melanda dengan mendadaknya oleh serangan kekawan sekolej aku dan belum pernah dalam rekod blog aku ni dikomenkan sehingga lebih dari 30 komen!! waahh..aku sangat teruja dan gumbira melihatnye,hahaha.. :D (ketawa jahat)

terima kasih geng kerana sudi menjadikan blog aku ni sebagai tempat untuk korang “berjumpa” dan bergurau senda :)

Dan aku dah baca korang punya cadangan dan idea terutamanya dari incet kimi kita dan rakan yang lain untuk memperluaskan kegunaan blog aku ni..(kimi aku promot ko ni, hehe..jgn perasan lebih yek)

Oleh itu, aku dah buat keputusan untuk membuat satu ruangan forum atau tempat untuk kita dan kawan2 kita yang lain bercerita, berbincang dan mungkin berkongsi pengalaman di ruang forum tersebut. Dan mungkin korang boleh buat pengumuman @ jemputan bila korang nak kawin nanti!! hehe..

(more…)

Pengantin terbaru!!

Wednesday, May 30th, 2007

Ehem ehem..Perhatian kepada pelajar-pelajar sijil teknologi maklumat CS007 pada tahun 2001-2002 di Insitiut Profesional Baitulmal (IPB). Ingin saya maklumkan bahawa salah seorang rakan kita telah pun di iktiraf sebagai pengantin terbaru di kalangan kita! hehe..selain En. Darolsham dan Pn Liza yang telah pun mendapat pengiktiraf tersebut beberapa bulan lepas :)

Beliau yang dimaksudkan ialah Pn Azlin dan gandingannya ialah En Azmizan!! Majlisnya berlangsung pada hari ahad lepas, 27 Mei 2007. Ya..sila berikan tepukan gemuruh doa kepada mereka agar mereka berbahagia hingga ke akhir hayat dan di kurniakan anak soleh mahupun solehah,aminn… ;)

Kepada rakan-rakanku yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka iaitu en. Hakimi dan cik Sheeda yang berada di terengganu, En Azwan dan cik Suzi kerana urusan kerja serta en faiz, en shai, en wahyudin, cik imah, cik tipah, cik shamsiah, cik ina, cik acu, cik lily dan rakan-rakan sekolej mahupun pensyarah yang setempat & sewaktu denganya, saya mewakili pihak pengantin memohon berjuta-juta ratus ribu ampun dan maaf kerana tidak dapat memaklumkan majlis beliau dengan awal..ampun tuanku..

sebagai penebus kesalahan hamba,(erk..tukar gaya bahasa lak) hamba menghidangkan beberapa tangkapan gambar yang sempat hamba ambil semasa majlis berlangsung..hamba berhadap kalian sudi meratapnya..mohon berjuta-juta ribu ratus ampun sembah tulisan hamba harap di ampun,hehe..

(more…)

Gi Ganu

Sunday, May 20th, 2007

 

Assalammualaikum

Hmm..dah lama aku meninggalkan blog aku ni tanpa dikemaskini,hehe..

Ok, dengan sedikit kesempatan ni aku akan menambahkan koleksi entri aku pada hari ni,huhu..

Pada minggu lepas, 11 hingga 13 Mei, aku sekali lagi telah di layakkan untuk mengikuti rombongan ke Kuala Terengganu yang di anjurkan oleh syarikat aku bekerja.CAYALAH!! Peserta rombongan kali ini seramai 80 orang,tidak termasuk ahli komuniti dan dua buah bas digunakan untuk ke sana.

Bas kami bertolak dari Bangsar pukul 1030 mlm dan sampai di Kuala Ibai dalam pukul 630 pagi,singgah di masjid terapung untuk membersihkan diri sedikit (sikit je) dan solat subuh. Sepatutnya kami dapat check-in hotel awal, tapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat di elakkan, check-in kami di tundakan ke sebelah petang.

Selepas solat, kami bersarapan di Pantai Batu Burok. Di sini aku dan rakan-rakan bersiar-siar disekitar pantai dan melihat pameran-pameran yang ada semperna bulan perpaduan kat situ. Dalam pukul 1030 pagi baru kami beredar dari Batu Burok.

Misi kali ini, tempat yang kami tuju ialah di Sekolah Pondok Darussalam, Kuala Ibai dan lebih 100 orang pelajar yang belajar dipondok tersebut.Pelajar-pelajar disini bukan sahaja dari Malaysia, malah ada dari Thailand dan Kemboja.Di sekolah pondok ini, syarikat kami membiayai untuk pembinaan perpustakaan 3 tingkat.

Erk..semasa kat sekolah pondok ni, kamera aku kehabisan bateri,jadi banyak benda yang aku nak tangkap tak dapat,huhuhu…keciwa aku dibuatnya. :(

Sepanjang di sana, kami bermalam di hotel Seri Malaysia (selain di dalam bas,hehe :P) Pada hari Ahad sebelum pulang ke KL, kami jalan-jalan cari makan,membeli-belah di Lasong dan Pasar Payang.

Jadi di bawah ini sebahagian gambar yang boleh dikongsi bersama.. :)

(more…)