Archive for the ‘Pengenalan’ Category

belum selesai

Wednesday, October 3rd, 2007

hmm…pengalihan blog aku ni belum habis lagi lah…ada beberapa benda yang aku belum setting lagi kat blog nih..

erk..mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu pasal pertukaran hosting yang telah aku buat ni..tu sebab entry sebelum ni aku tulis “siaran tergendala” hehe..

walaupun dah setahun aku berada di rumah alam maya atas nama aku ni (khaliduzer.com), aku sebenarnya masih terkial-kial dalam dunia weblog tau,huhu…

ape2 pun,terima kasih kepada kawan2 ku yg sudi melawat ‘rumah’ yang tak seberape ni ;)

sekian & selamat berpuasa yek!

utk KU: chayok khalid!!

ter “update”

Monday, February 26th, 2007

Assalamuaikum,

hmm..lama juga aku tak mengupdate blog ni di atas masalah pengurusan masa aku yg tak teratur.haiyaa…aku masih belum dapat berubah sikap buruk ku!! umur juga sudah bertambah satu angka lagi pada bulan lepas..

ya,dan tahun ini juga aku sudah memasuki kelas semula setelah “meninggalkannya” agak lama kerana bebanan kerja yg terlampau,hehe.. :P

sebenarnya aku tergerak utk mengupdate blog ni setelah membaca entry tok ketua kerana peminat2nya telah merungut diatas kelakuannya yg kurang disenangi, hehe..(jgn marah yek tok ketua) Maka dgn itu,aku telah ter’update’ blog ni,hihihi..

aku bukan seorang yg petah berkata2 dan tidak kurang pandai untuk menyusun ayat bila bercakap,itu sbb aku lebih suka mendiamkan diri.Tetapi aku jenis yang banyak berfikir.berfikir semasa menunggang “kuda”,berfikir semasa makan seorang diri,berfikir selepas ditegur oleh seseorang,berfikir bila melihat sesuatu yg berlaku didepan mata,berfikir bila mendengar org mengata,berfikir,fikir dan fikir.. (mungkin aku boleh join group ahli fikir kot) ihik,ihik..

oleh itu,mungkin di dalam blog ni aku boleh keluarkan apa yg berada difikiran ku dan boleh belajar utk mudah berbicara seperti orang lain dgn penulisan di blog ini. Maka dgn itu, chayok/ganbatte kudasai KU !! :)

oklah,esok kena kerja daa..baju tak gosok lg ni,hehe..
Wassalam

*chayok(b.cina)/ganbatte kudasai(b.jepun) = berusahalah

p/s; aku baru balik dari perak semalam,pergi ke sg siput melawat asrama anak2 yatim nurul ehsan.company aku buat.kalau ada kesempatan insya-Allah esok aku letak sedikit gambar tu kat sini yek..

Berjaya!! Houyee!

Tuesday, September 12th, 2006

Alhamdulliah,dah betulkan apa2 yg tak betul kat weblog ni,masa dgn theme nye,hehe..
2 hari lepas,tgh syok utk mensettingkan blog ni,tiba2 hilang dia punya background.Puas ler aku mengodek benda alah ni mana lah silap nye..ialah first time maa,ada webblog ni. Dan akhirnya berjaya dipulihkan semula.haha..bestnye :)

Sebenarnya kan,aku nak buat website dulu(khaliduzer.com),tp kekurangan idea nak letak ape,frontpage nya cam mana,dgn masa yg terhadnye.dan macam2 lah yg kekuranganyee,haiyaa.. maka dgn itu aku buat ler weblog ni dulu.

kepada kekawan ku yg telah menengok weblog ni,saya perlukan komen,idea,cadangan mahupun kutukkan anda utk website/blog ni..tanpa anda siapalah saya(hehe..promote diri lah pulak)

kepada Mr Wan Mohd Fairuz(mdpai) yg telah beri hosting ni secara percuma,jutaan terima kasih saya ucapkan.Tanpa “hadiah” ni dan bantuan mr mdpai,mungkin sy belum boleh memilik web site ini.terima kasih sekali lg.Dan kepada sahabat2 ku yg lain,antaranye imah,akirasuri,zaza.terima kasih yek!

Eh,ni dah macam ucapan perpisahan lak pulak,panjang cerita nye.hehe..oklah utk hari ni.Wassalam

Hari pertama KU!

Tuesday, November 30th, 1999

Assalamuaikum,

Hello Malaysia!! hehe..akhirnya berjaya jugak aku meletakkan weblog di dunia maya ni,haha,seronok tak terhingga maa… :D

Hmm..aku berjaya setting & upload blog ni pada waktu org lain lena di buai mimpi indah,lebih kurang pkul 3pg lebih pd hari ahad 17syaaban bersamaan dgn 10/sept..(sbb masa ni,jam kat blog ni xsetting daa..)

Tahniah lah encik khalid yek!(puji diri sendiri ler…) n Wassalam ;)