bila nak kawen?

hmm…post kali ni aku copy paste je dari email yang aku dapat kat opis aku dan agak sesuai untuk sambungan post aku sebelum ni. Aku tak tahu sape penulis asal seloka nih (seloka ke pantun ni ha? ), tapi memang kreatif dan menarik!
Jadi layan je lah yek, hehe…
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuanBila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusiaBila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkataBila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh. Insya-Allah takkan ke mana.Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Moral of the story, jangan tanya!
untuk KU: hmm..yg sesuai dgn aku,perkataan yg bergaris tuh…betul lah!
November 9th, 2007 at 8:49
selagi pompuan2 di luar sana ingat ko budak ting.2, selagi tu ko tak kawen,kekekke…jgn mara aaa…
lariiiiii!!!!!
November 9th, 2007 at 16:04
eleh Hayad tu iya iya je. dia tu pun macam budak darjah 6 jer …
hehehe
November 10th, 2007 at 23:20
Hahak..
Setuju apa yang dayah cakap tu..
Kihkihkihkih!!
November 11th, 2007 at 23:06
akirasuri –> thanx kerana memberi sokongan terhadapa aku :p
Jeff–> wow!! ye ker? nmpknya saya ni masih awet muda la ek,hahahaha :p
November 12th, 2007 at 1:53
hayad> erkk..budak ting, 2? hmm…oh! oh! maceh dayah kerna bg diskaun yg tinggi kat umur aku,kikikhih.. form 2=14thn…kalu kat opis,takde la yg bagi setinggi ko,paling koman pun diorang bg lingkungan 18 > 21.. hihihi..(ketawa perasan)
jeff> eh eh..salah tu bro jeff, kalu kat dlm gmbr memang cam darjah 6 sbb gmbr tu dia superimpos,hahah
(mana boleh kurang dr umur sy! ->jelous)
akirasuri> ala alaa akiraa…awk jgn le cemburu dgn ke’muda’an dan ke’slim’man yg sy ada. ahak3..
November 18th, 2007 at 21:22
erk cikgu dayah, apesal bagi muda sangat? 14 tahun belum berjanggut daa… kihkihkih. paling-paling koman pon 17 taun simpan janggut.
tapi, pengumuman buat penculik remaja, pemilik blog ni mudah jek nak diculik.. dan jual, boleh untung woo…
November 20th, 2007 at 1:36
aah kan mek…saya silap la..khalid ni dh ada janggut cam musang berjanggut tu..maknanya saya takleh ltk umo dia 14 taun. 19 thn ok la,kekeke
May 23rd, 2008 at 2:14
Org ckp kalau selalu jadi pengapit lambat kawen…kekekek..tp aku tak pernah hayat jadi pengapit pun tak kawen2 gak