Dia pergi tak kembali…(sambungan)

hmm..sebelum bulan ni berakhir dan bermulanya Ramadhan, aku nak abiskan la cerita yang belum aku habiskan..ialah, dah janjikan?huhu..

ok, aku cerita lebih kurang la kan sebab kalau aku cerita dan huraikan dengan panjang…boleh tangkap emosi aku lah..

ya, kalau tengok tajuk entry ni pun korang dah tahu kot, dan tajuk tu juga ada lagu yang di nyanyikan oleh kumpulan nasyid Rabbani.. “Pergi Tak Kembali”

Dan orang yang telah meninggalkan dunia ini telah pergi untuk selama-lamanya pada hari Jumaat 1 Rejab / 4 Julai. Dia merupakan salah seorang pekerja yang bekerja bersama aku dalam satu company, satu level, satu department, dan satu unit..

Beliau seorang wanita yang berusia lebih kurang 36 tahun, yang mempunya 4 orang anak iaitu 2 lelaki & 2 perempuan. Anak sulungnnya berumur 9 tahun dan yang paling kecil kurang setahun umurnya.. Anaknya yang kecik adalah yang ni..

Raihana

Comelkan? Ni gambar terbaru yang aku ada dalam simpanan aku, gambar ni aku ambil semasa melawat ibunya di hospital besar Kuala Lumpur, 2 bulan sebelum beliau meninggal.. Kak Ayu adalah nama kepada ibu anak kecik ni..beliau meninggal kerana menghidapi menyakit barah. Semasa aku dapat berita tentang pemergian arwah, aku sebenarnya macam tak percaya….dan susah nak percaya…hmm…

(aku pernah ceritakan tentang anaknya di sini)

Walaupun aku mengenali kak Ayu baru setahun lebih selepas penggabungan syarikat, aku agak rapat dengan dia dan family nya, terutama pada anak-anaknya..

Sebenarnya..emosi aku agak tersentuh apabila kali terakhir aku lihat wajahnya sebelum di kapankan, ada ukiran senyuman di riak wajahnya……dan paling hiba apabila menyembahyangkan jenazahnya….

Ya, Tuhan lebih menyayanginya…Semoga rohnya di cucuri rahmat..Amiinn…..


Imam, suami dan 2 daripada anaknya semasa di kebumikan

Nota: Sayangi dan hargailah mereka yang masih hidup. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan selamat berpuasa..

3 Responses to “Dia pergi tak kembali…(sambungan)”

  1. mek Says:

    moga arwah ditempatkan di kalangan orang soleh..

    comel anak kak ayu tu.. [sebak le]

  2. jeff Says:

    innalillahi wa’inna ilahi raji’un … al Fatihah. ya Allah berikanlah kesejahteraan kepada roh arwah dan berikan kekuatan kepada keluarganya meneruskan hidup dalam dugaan Mu ini. AMIN

  3. mamamiranazhan Says:

    Lid,
    Sedih tengok gambar tu.. akak pun ada anak kecik..can’t imagine camne anak dia melalui hidup tanpa ibu… AlFatihah…..

Leave a Reply