ada semut kat blog aku?!!

December 9th, 2007

erk!!.. ape nih? “bersemut” blog aku nih,huhu…sape lah yg bela semut kat ’umah’ nih :-P

aku sekarang kekurangan masa utk ber’online & meng’update blog lah…
aku telah bertukar unit di tempat kerja, jadi kerjanya udah berubah,
kesannya..kerja pun bertambah-tambah, maka nak ber’tenet pun payah,adeeii…

ni update blog pun bukan kat umah nih, waktu ni aku kat hostel Petronas Permata di Bangi,bermalam di sini secara tidak sah,hehe..(pss..jgn bagitahu polis tau! :P ). Kami ada hari sukan! :)  Pesta sukan kali ni, banking vs insurance,hehe..

hmm..rasanya cam banyak nak tulis nih, tp tak berpeluang nak buat cam tu skrg nih..oklah,wassalam

Pesanan penaja: Majulah sukan untuk syarikat!

bila nak kawen?

November 6th, 2007

hmm…post kali ni aku copy paste je dari email yang aku dapat kat opis aku dan agak sesuai untuk sambungan post aku sebelum ni. Aku tak tahu sape penulis asal seloka nih (seloka ke pantun ni ha? ), tapi memang kreatif dan menarik! :) Jadi layan je lah yek, hehe…

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh. Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

Moral of the story, jangan tanya! :P

untuk KU: hmm..yg sesuai dgn aku,perkataan yg bergaris tuh…betul lah!

Awak dah ada anak ke?

October 26th, 2007

Hehe..aku kadang2 tersenyum dan tergelak sorang diri bila teringatkan peristiwa ni..

Hmm..ada kalanya hairan gak aku memikirkannya tentang pandangan orang yang memandang nih ;) Ialah..lain orang lain ragam nye kan?

Ini bukan pertama kali lah aku melalui peristiwa ni, cumanya kali ni ada “pelakon tambahan” yang menjadikan peristiwanya agak menarik sikit,hehe..

Benda ni berlaku kat opis aku seminggu sebelum nak cuti raya, masa tu ibu kepada anak yang aku dokong tu sibuk mengedarkan kuih2 raya yang di tempah. Dia pun masa tu dah mula cuti raya,jadi kakak ni bawalah anaknya utk kenkawan opis tengok.

So, masa kakak ni tgh sibuk, aku tolong ler jagakan anak dia yg kecik ni,sambil perkenalankan kat officemate yang lain. Aku lak memang jenis suka kat budak2 kecik ni…yang lagi best nye,masa aku jaga baby ni, baby ni relax je dengan aku, bukan ape sebab ada orang lain yg pegang baby ni dia nangis,hehe..jangan jelous Aaa.. :P

Dalam masa jaga baby yang “cool” je dengan aku ni, ada lah sorang kakak tanya kat aku,
“Khalid, awak dah ada anak ke?” erkk…aku blur 2,3 saat jap..pastu aku pun jawap lah,
“Kakak..saya kawen pun belum kak, sekolah pun tak abis lagi…cammana lak ada anak?” hahaha..kakak tu pun gelak bila aku jawap cam tu,ahak ahak.. :D

Jadi..moral of the story, janganlah jaga anak orang kalau belum kawen,hhehehek..just kidding

sekian

semoga selamat & selamat semoganye

October 12th, 2007

 

Assalamualaikum semua kepada pengunjung2 rumah ni dan pembaca2 senyap,hehe..di harap korang semua sehat2 dan masih berpuasa dgn tekun yek! Cool

semperna di hujung bulan ramadhan yang akan mengakhiri dlm masa beberapa jam lagi ni dan inshaALLAH kita akan menyambut bulan syawal pula..

Saya selaku “penyewa rumah” ni ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca2 dan pengunjung blog ni, dengan ucapan…

    >semoga korang semua selamat balik ke kampung halaman (yang ada kampung),
    >selamat di atas jalan raya mahupun di atas langit semasa balik ke kg
    >selamat menghabiskan kuih2 raya,
    >selamat mengumpul duit raya,
    >selamat menyedekahkan duit raya,
    >selamat nayangkan baju raya baru,
    >selamat mengumpulkan lemak2 badan semula Wink
    >dan ape2 yg berkaitan dgn keSELAMATan serta mereka2 yg bernama Selamat..(hehe..)

saya mohon ampun dan maaf sekitarnya ada kesalahan2 penulisan, mahupun kata2 yg menyebabkan korang rasa benci tak suka kat aku, kecik ati kat aku,aku macam poyo (ada ke?hehe..) Razz , bosan kat aku ,yg tidak di sengajakan dan di sengajakan.. Rolling Eyes maafkanlah aku yek

semoga korang semua dirahmati dan di berkati olehNYA…amiinnn..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN…erk.. DAN TIDAK DI ZAHIRKAN

p/s: aku balik kg hari jumaat lepas keje (12/10), cuti bekerja sampai 21/10.. Smile

Wassalam

belum selesai

October 3rd, 2007

hmm…pengalihan blog aku ni belum habis lagi lah…ada beberapa benda yang aku belum setting lagi kat blog nih..

erk..mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu pasal pertukaran hosting yang telah aku buat ni..tu sebab entry sebelum ni aku tulis “siaran tergendala” hehe..

walaupun dah setahun aku berada di rumah alam maya atas nama aku ni (khaliduzer.com), aku sebenarnya masih terkial-kial dalam dunia weblog tau,huhu…

ape2 pun,terima kasih kepada kawan2 ku yg sudi melawat ‘rumah’ yang tak seberape ni ;)

sekian & selamat berpuasa yek!

utk KU: chayok khalid!!

tergendala…

October 1st, 2007

 

 

harap maaf, siaran di blog ini masih tergendala..sebarang kesulitan amat di kesali ( :P )

Sekian,harap maklum