ter “update”

Assalamuaikum,

hmm..lama juga aku tak mengupdate blog ni di atas masalah pengurusan masa aku yg tak teratur.haiyaa…aku masih belum dapat berubah sikap buruk ku!! umur juga sudah bertambah satu angka lagi pada bulan lepas..

ya,dan tahun ini juga aku sudah memasuki kelas semula setelah “meninggalkannya” agak lama kerana bebanan kerja yg terlampau,hehe.. :P

sebenarnya aku tergerak utk mengupdate blog ni setelah membaca entry tok ketua kerana peminat2nya telah merungut diatas kelakuannya yg kurang disenangi, hehe..(jgn marah yek tok ketua) Maka dgn itu,aku telah ter’update’ blog ni,hihihi..

aku bukan seorang yg petah berkata2 dan tidak kurang pandai untuk menyusun ayat bila bercakap,itu sbb aku lebih suka mendiamkan diri.Tetapi aku jenis yang banyak berfikir.berfikir semasa menunggang “kuda”,berfikir semasa makan seorang diri,berfikir selepas ditegur oleh seseorang,berfikir bila melihat sesuatu yg berlaku didepan mata,berfikir bila mendengar org mengata,berfikir,fikir dan fikir.. (mungkin aku boleh join group ahli fikir kot) ihik,ihik..

oleh itu,mungkin di dalam blog ni aku boleh keluarkan apa yg berada difikiran ku dan boleh belajar utk mudah berbicara seperti orang lain dgn penulisan di blog ini. Maka dgn itu, chayok/ganbatte kudasai KU !! :)

oklah,esok kena kerja daa..baju tak gosok lg ni,hehe..
Wassalam

*chayok(b.cina)/ganbatte kudasai(b.jepun) = berusahalah

p/s; aku baru balik dari perak semalam,pergi ke sg siput melawat asrama anak2 yatim nurul ehsan.company aku buat.kalau ada kesempatan insya-Allah esok aku letak sedikit gambar tu kat sini yek..

9 Responses to “ter “update””

  1. akirasuri Says:

    yea!
    1st!
    ha ha ha.

    oh oh sudah diupdate. akhirnya!
    ala, taip apa aja himpunan aksara rapuan.
    tak perlu terlalu formal, kerana setiap aksara yang awak tulis akan memberi inspirasi kepada orang lain.
    chayo!!

    psssttt: ‘kuda’ tu tak mogok lagi ke ;)

  2. amokdemanis Says:

    keje..keje jugak beb. blog..blog jugek. hehe

  3. Fuad Says:

    Walau apa ko tulih aku tetap datang lepak cni. Ko nk cite pasal insuran pon aku layan.. hehe. Slamat kembali menulis bro..

  4. KU> Says:

    akirasuri> ya,tima kasih :)
    ya ya,betul tu.enrty kali ni cam karangan rumusan SPM je.ada ayat “maka”,”oleh itu” hehe..
    pss,’kuda’ tu tak mogok dah,cuma kena followUp dgn ‘doktor’ dan layan dgn baik je,ihik,ihik..

    amokdemanis> ya memang..keje2,blog2..tp kedua2 tu menggunakan masa :) tima kasih kerana sudi melawat

    fuad> cite pasal insuran aku kurang pandai la,walaupun berkeje dgn sykt insuran,hihi. :p tima kasih jugak krn beri sokongan.ganbatte kudasai!!

  5. mek Says:

    dah berapa kurun asyik bab 1 je ni?

    eheh… salam singgah. intai-intai je. [mengintai adalah perkara yang salah dan dikira mencabul hal peribadi orang] :D

  6. KU> Says:

    mek> erk,bab tu akan berubah bila saya sudah pandai menghiasi blog ni & selalu update,hehe..boleh terima yek?
    tima kasih krn sudi menyinggah di blog sy yg tak seberape ni,ihik :P

  7. mek Says:

    macam dah padam balik je semangatnya.. cepatlah jawab smart tag cik akira…

  8. jeff Says:

    pengurusan masa tak cekap ??? swastakan aje blog ni kalau takleh update !!

    cewah.. macam marah le pulak aku nie hahha (macam la aku rajin update)

  9. faithful is feature of universal round Says:

    Very nice site. Please keep updating it. profound, industrious, red nothing comparative to full

Leave a Reply